Wednesday, January 28, 2009

SEJARAH AWAL




Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.



Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-



`This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village'


Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.


ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.



Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.



1921 - Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1941 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat British yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:-



Jajahan Barat (Besut dan Setia)
Jajahan Timur (Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek dan Kemaman)
Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang)


1942 Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.


Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.


Hasil-hasil bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi diambil alih oleh Kerajaan Inggeris.



Rujukan:-


1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996.


2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949.


3. Terengganu Annual Report 1925 - 1936


4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2

LATARBELAKANG

Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

Penutupan Lombong Bijih Bukit Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.

Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar


MOTO

" DUNGUN TERUS MEMBANGUN"


MISI

Berusaha Gigih Untuk Menjadikan Dungun, Daerah Termaju, Unggul Dalam Pencapaian dan Utama Dalam Kualiti.


OBJEKTIF

  • Mengadakan sebuah Jentera Pentadbiran yang cekap, berkesan dan berjiwa rakyat dalam usaha memberi kesejehteraan serta memperkenalkan perpaduan masyarakat.

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek sosio-ekonomi selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat maju dan produktif.

  • Menjadi saluran antara rakyat dan kerajaan di Peringkat daerah



History of Dungun

Berikut adalah sejarah dungun semenjak dr zaman Megat Panji Alam.

Tok Raja Lepang yg berasal dr Batok datang ke Pasir Raja , Dungun dan menetap di sana. Beliau kemudiannya memerintah kawasan tersebut dan memungut cukai. Dikhabarkan bahawa Tok Raja Lepang adalah seorg yg sangat berilmu . Beliau tidak lut ditikam dan tidak mati dibakar . Keturunannya berterusan menguasai kawasan jajahan tersebut sehinggalah matinya Tok Raja Lepang dan diwarisi oleh cucu cicitnya.

Cucu tersebut ( tidak diketahui nama ) adalah seorg yg hobinya menjala ikan. Apabila beliau mahu menjala, beliau akan menjemput handalan2 di serata Terengganu bersama beliau seperti suatu perayaan. Pada waktu tersebut, org2 di Dungun tidaklah berapa menggemari cucu Tok Raja Lepang dan mereka bercadang hendak membunuhnya.

Perayaan menjala tersebut dilakukan di sebuah lubuk. Org org Dungun telah melontar lebih awal kayu kayu ke dalam lubuk. Apabila cucu Raja Lepang menebarkan jala, jalanya terlekat. Maka cucu Raja lepang ini cuba menyelam utk meleraikan jala, hanya kemudiannya ditebarkan jala ke atasnya, dan dilemparkan kayu supaya beliau mati. Berakhirlah era Tok Raja Lepang di Dungun.

Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net

Kisah Keturunan Tambun adalah Hak Cipta Terpelihara diberikan oleh Hashim bin Aman kepada Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan ( publish ) tanpa kebenaran dari Hashim @ Pok Hashim. Sesiapa yang inginkan kebenaran bertulis untuk mengolah, sila berjumpa dgn Pok Hashim terlebih dahulu.

Pada era Sultan Zainal Abidin 1 sekitar 1700*, 5 beradik dr minangkabau datang ke Terengganu. Seorg menetap di kuala Ibai , seorg lagi di kampung Laut , Kelantan dan yg terakhir di Dungun ( tidak diketahui namanya ).

Kuala Dungun

Yg menetap di Dungun tersebutlah yg mengasas Dungun dan perkampungan pertama yg dibina adalah di Kuala Dungun sekitar jalan Lim Teck Wan . Dikatakan nama Dungun diambil dr sebuah pokok dungun yg tumbuh besar di jalan Lim Teck Wan.

Mengikut kepada salah silah , keturunan minangkabau tersebut menetap Dungun dan sehingga kini keturunannya masih berada di Dungun.

minangkabau - andak- amin - tambun -

Tok Tambun mempunyai 6 org anak.

  1. Abdullah ( pok long dollah )
  2. mak ngah tijah
  3. intan
  4. salma
  5. mak sema
  6. su saadiah

Di antara keturunannya yg paling dikenali di Dungun adalah Hulubalang Pok Hitam Tambun ataupun lebih dikenali sebagai Tok Tambun ( sbb itula jalan besar di kuala dungun di namakan Jalan Tambun ) . Tok Tambun di katakan seorg yg sgt berilmu dan adalah kenalan rapat kepada Sultan Zainal Abidin 3 , Haji Deraman Limbong dan Tok Ku Paloh ( Kampung Paloh ) .

Mengikut ceritanya, selepas Mat Kilau melarikan diri daripada pahang, beliau menetap di Pasir Raja dan kemudiannya menuntut dgn Tok Tambun. Kemudian Tok Tambun menghantarnya ke Kg. Paloh utk belajar pula dgn Tok Ku Paloh.

Keturunan Tok Tambun kini masih lagi berada di Dungun dan kebanyakkannya masih lagi menetap di kawasan sama . Aman iaitu cucu kepada Tambun kini berusia dlm 90an dan masih lagi hidup sihat di Kg. Tanah Lot* . Cucu cicit Tok Tambun kebanyakkannya adalah peniaga besar di daerah Dungun.

Salam sejahtera

Terima kasih kepada semua yang melayari blog ini....
justice for all...