Kisah Hulubalang Tambun #2
Menangkap perompak di Kertih
Kertih pada waktu dahulu maju dgn tanaman lada hitam dan kelapa.
Pada era 1903 , orang² cina bekerja di tapak lada hitam berdekatan kawasan Ranggun.
Perompak2 cina yang duduk di Nyior Matir bercadang hendak merompak tokey Seng Ho . Penguasa yang mendengar khabar berita tersebut lalu menitahkan Tok Tambun menangkap perompak2 tersebut.
Tok Tambun pergi seramai 12 orang. Antara Orang2 kanan yg beliau bawa sekali adalah
- Abdullah
- Abdul Ghani ( ayah Toki Aman - menantu Tok Tambun )
- Seman pinang kote
- Seman tikis
- Salleh Andir
Mereka bertolak dr Kuala Dungun menaiki perahu ke Kertih.
Sesampai sahaja di sana, terlihat ada 2 perompak bersenjatakan senapang berjaga di khemah2 perompak. 10 orang lagi berada di dalam khemah.
Jarak dr gigi pantai ke khemah adalah lebih kurang dalam 200 meter. Melihat keadaan tersebut, Abdullah lalu bersuara memberitahu ” Cina ada senapang ” . Habis saja sebutan ayat tersebut di mulut Abdullah, Tok Tambun telahpun berdiri di sblh perompak tersebut dan menepuk sekali di leher. Lalu kesemua perompak yg diluar bersenapang dan yang di dalam khemah rebah sekaligus .
12 orang perompak kemudian di bawa balik ke kuala dungun diserahkan kepada Tengku Che Abdul Jalil. Kemudian di hantar ke Kuala Terengganu utk hukuman selanjutnya.
Di atas jasa Tok Tambun menangkap perompak perompak tersebut, kerajaan Terengganu telah menghadiahkan seringgit wang perak kepada Tok Tambun dan orang orangnya.
Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun , Wali Allah S.W.T .
Sedikit profil mengenai Tok Tambun ;
- Tapak rumah Tok Tambun di Kuala Dungun kini adalah sebuah kedai Emas Bapak Ayam berhadapan Public Book Store
- Daud Panglima , adik ipar Tok tambun pula duduk di tapak Sekolah Cina di Kuala Dungun