Sunday, February 8, 2009

SEJARAH

Nuffnang Ads

Kisah Hulubalang Tambun #2

Menangkap perompak di Kertih

jalantambun

Jalan Tambun di Kuala Dungun

Kertih pada waktu dahulu maju dgn tanaman lada hitam dan kelapa.
Pada era 1903 , orang² cina bekerja di tapak lada hitam berdekatan kawasan Ranggun.

Perompak2 cina yang duduk di Nyior Matir bercadang hendak merompak tokey Seng Ho . Penguasa yang mendengar khabar berita tersebut lalu menitahkan Tok Tambun menangkap perompak2 tersebut.

Tok Tambun pergi seramai 12 orang. Antara Orang2 kanan yg beliau bawa sekali adalah

- Abdullah
- Abdul Ghani ( ayah Toki Aman - menantu Tok Tambun )
- Seman pinang kote
- Seman tikis
- Salleh Andir

Mereka bertolak dr Kuala Dungun menaiki perahu ke Kertih.
Sesampai sahaja di sana, terlihat ada 2 perompak bersenjatakan senapang berjaga di khemah2 perompak. 10 orang lagi berada di dalam khemah.

Jarak dr gigi pantai ke khemah adalah lebih kurang dalam 200 meter. Melihat keadaan tersebut, Abdullah lalu bersuara memberitahu ” Cina ada senapang ” . Habis saja sebutan ayat tersebut di mulut Abdullah, Tok Tambun telahpun berdiri di sblh perompak tersebut dan menepuk sekali di leher. Lalu kesemua perompak yg diluar bersenapang dan yang di dalam khemah rebah sekaligus .

12 orang perompak kemudian di bawa balik ke kuala dungun diserahkan kepada Tengku Che Abdul Jalil. Kemudian di hantar ke Kuala Terengganu utk hukuman selanjutnya.

Di atas jasa Tok Tambun menangkap perompak perompak tersebut, kerajaan Terengganu telah menghadiahkan seringgit wang perak kepada Tok Tambun dan orang orangnya.

Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun , Wali Allah S.W.T .

Sedikit profil mengenai Tok Tambun ;

  • Tapak rumah Tok Tambun di Kuala Dungun kini adalah sebuah kedai Emas Bapak Ayam berhadapan Public Book Store
  • Daud Panglima , adik ipar Tok tambun pula duduk di tapak Sekolah Cina di Kuala Dungun

Monday, February 2, 2009

SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN??????..




KITA harus sedar ada ketikanya sesuatu perkara yang remeh atau kecil itu mempunyai rantaian kesan yang berpanjangan. Demikian masalah mat rempit yang hangat diperkatakan sekarang. Isu itu menenggelamkan isu bohsia, bohjan dan lepak, walaupun ia masih wujud.

Sekarang kita boleh melihat pelbagai gejala sosial ini mempunyai pewaris tersendiri terutama golongan kanak-kanak. Mereka menggelarnya sebagai ‘rempit junior’. Saya sendiri melihat kanak-kanak berumur 10 tahun menunggang motosikal dan berlumba basikal pada waktu petang.

Selain itu, kanak-kanak wanita pula tidak ketinggalan menunggang motosikal tanpa sedikit kebimbangan. Mereka juga berani melakukan aksi sama seperti mat rempit. Ia berlaku kerana ada pengaruh golongan remaja atau dewasa yang menunggang motosikal.

Bagi ahli psikologi tentunya mereka memahami bahawa keadaan ini berupaya membentuk peribadi kanak-kanak liar dan tidak terkawal apabila semakin dewasa. Sebab itu kita perlu menghapuskan golongan rempit yang memaparkan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Saya berfikir bahawa mat rempit perlu diberi pengajaran atau hukuman yang boleh menginsafkan mereka. Hanya hukuman penjara yang boleh membuatkan mat rempit sedar dengan kesalahan mereka.

Tetapi, mengapa pula hukuman penjara ini tidak dijalankan. Mengapa perlu wujud persoalan hukuman penjara hanya akan merosakkan masa depan mereka. Kita perlu melihat hukuman penjara ini daripada perspektif berbeza.

Kerajaan tidak boleh terlalu bertoleransi dengan golongan mat rempit dengan hukuman sekadar menggantung lesen dan merampas motosikal mereka. Langkah ini tidak efektif. Yang melakukan kesalahan ialah manusia bukannya lesen atau motosikal.

Jadi, mengapa hanya lesen digantung dan motosikal dirampas tanpa menghukum pesalah sebenar. Bagi saya, jika seseorang itu mempunyai kesedaran, walaupun memiliki motosikal dan lesen, mereka tidak akan membabitkan diri dengan lumba haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya serta orang awam.

Kalaupun pihak berkuasa menggantung lesen pemilik, ia tidak menghalang mereka berlumba semula kerana di kalangan mat rempit juga kebanyakannya tidak ada lesen memandu.

Gejala mat rempit akan melahirkan lebih ramai individu jika tiada undang-undang yang berat dikenakan kepada mereka. Malah, bukan saja mat rempit, gadis belasan tahun terjebak sebagai pelacur, selain itu ramai ahli mat rempit menjadi perompak, kaki lepak, perogol, peragut, kumpulan samseng dan penagih dadah.

Saya bersetuju dengan kebanyakan pendapat bahawa ibu bapa tersilap langkah dalam memberi kemudahan kepada anak mereka. Dalam kata lain, ibu bapa kurang mengambil berat perkembangan sahsiah anak.

Ibu bapa terlalu membiasakan anak mereka memiliki motosikal dan membiarkan mereka melepak di sana-sini. Sesetengah alasan yang diberikan adalah untuk kemudahan anak ke sekolah. Jika benar, ibu bapa perlu mengambil tindakan tegas.

Ikatan Shock Tippet & Leader Knot

SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.
SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.

SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.



1. Buat satu gelung utama dengan beberapa lilitan didalamnya.

2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8.

3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.

4. Ketatkan dua sambungan di bahagian tengah angka 8.

5. Masukkan tiub, lilitkan beberapa di bahagian tengah hingga ke atas.

6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.

7. Kemaskan lilitan dengan mengetatkan lilitan sambil masukan tali mono atau tali perambut ke dalam tiub.

8. Tarik keluar tiub yang di bawah lilitan.

9. Tindihkan dua ikatan tadi dengan kemas tanpa menariknya terlalu ketat.

10. Kemaskan sambungan dengan memotong lebihan tali di hujung bahagian.

Simpulan untuk umpan lembut





Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja.

1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan.

2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.

3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

Teknik susun umpan


TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Bohongi isteri tidak diberkati Allah

TAHUN Baru 2009 dan Muharam 1430, membuka tirai untuk kita terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain terus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan mentaati suruhan Allah.

Kali ini ada baiknya mengaitkan mengenai satu pengalaman sebagai usaha mengeratkan lagi harmoni sebuah rumah tangga serta pasangan suami isteri yang dihiasi dengan anak-anak terutama di kalangan keluarga nelayan dan kaki pancing.

Jujur dan ikhlas adalah faktor utama atau asas dalam hubungan suami dan isteri walau dalam apa juga keadaan. Bagi warga kaki pancing yang sering merancang sama ada ke laut atau di mana saja daratan, sungai, lombong, tasik atau paya maka mereka harus berkongsi pendapat dengan isteri, ibu atau ayah.

Bergerak keluar meninggalkan rumah untuk mencari rezeki atas restu baik daripada isteri serta dalam pengetahuan ahli keluarga pastinya mendapat pahala. Selain itu, perjalanan mereka Insya-Allah akan dirahmati Allah selain mendapat kelapangan dan selesa serta mendapat rezeki yang diberkati-Nya.

Namun ada sebilangan kaki pancing yang tidak jujur kepada isteri atau membohongi ahli keluarga. Mereka mencipta atau mengadakan pelbagai alasan walaupun hakikat sebenarnya mereka hendak turun memancing. Mereka tidak berani memberitahu perkara sebenar sehingga akhirnya mereka menanggung dosa kerana berbohong. Niat baik (hendak pergi memancing) tetapi terpaksa menanggung dosa (kerana berbohong). Malah ada yang beranggapan tindakan itu sebagai ‘bohong sunat’.

Perkara begini pasti kurang disenangi oleh isteri selain anak mahupun ibu bapa. Malah, Allah tidak memberkati setiap langkah suami yang membohongi isteri. Pada masa sama rezeki yang dicari untuk keluarga itu turut tidak direstui Allah.

Bertitik tolak dari sinilah maka saya terpanggil untuk mengajak semua kaki pancing supaya dapat berkongsi bersama dengan isteri dalam apa juga aktiviti yang ada hubung kait dengan memancing dan berterus terang lokasi yang bakal dituju dan lamanya setiap ekspedisi.

Kalangan isteri tentu menghargai atas kejujuran suami yang turut menjadi satu tanggungjawab baginya mengetahui usaha yang dilakukan suami bagi mendapat keberkatan. Malah usaha murni ini juga mewujudkan kasih sayang antara suami isteri. (Cuma di kalangan isteri perlu memberi peluang suami melakukan hobi memancingnya pada tahap berpada-pada).

Tidak ada rahsia yang patut diselindungkan antara suami isteri demi kebaikan terutama ketika mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Ini penting kerana rezeki daripada perbuatan yang membohongi isteri tentunya tidak berkat.

Justeru, jujurlah kepada isteri untuk mendapat keredaan Allah serta beroleh kesenangan di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Pergilah memancing di mana saja kerana Allah berserta dengan hamba-Nya yang jujur.

ape ke hal................

Harga Peralatan Naik

Dungun, 20 Nov – Kehidupan nelayan yang serba kekurangan semakin tersepit akibat kenaikan harga peralatan nelayan. Kenaikan harga peralatan nelayan seperti kawat (kerawat), pelampung, timah, tali, plastik dan bateri amat ketara sejak 3 tahun yang lalu. .

Selain terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup akibat dari kenaikan harga barangan keperluan harian, para nelayan amat terbeban akibat kenaikan harga keperluan nelayan.

Perkara ini dinyatakan kepada Buletinonline oleh Tuan Hj Abd Rashid Jan Mohammad, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Nelayan Daerah Dungun. Beliau yang mewakili lebih 2000 nelayan di dalam Daerah Dungun mendesak supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah nelayan yang semakin meruncing.

“Hampir semua harga peralatan naik. Contohnya, kerawat (dawai) untuk buat bubu naik harga dari RM 88 segulung menjadi RM 175 sekarang” tegas beliau.

“Harga peralatan naik tinggi, sedangkan harga ikan yang ditolak kepada pemborong tidak naik begitu” tambah beliau ketika ditemui Buletinonline.

Masalah yang sama juga di nyatakan oleh para nelayan di Pengakalan Pulau Serai, Dungun. Terdapat 11 buah bot nelayan yang menjadikan Pengkalan Pulau Serai sebagai stesyen operasi mereka.

Seorang nelayan bot bubu, Ahmad Zuru Yusof, 47, merasa bimbang kepada ‘trend’ kenaikan harga barang masakini. Katanya “semua barang naik, barang makanan, pakaian, peralatan kerja.”

“Ni, plastik untuk bubu, naik dari RM 2.20 kepada RM 4.00,’ kata Ahmad Zuru sambil menunjukkan sebungkus plastik hitam yang baru dibelinya dari kedai”.

Ahmad Zuru yang menjadi nelayan sejak 30 tahun yang lalu, hanya bergantung hidup mencari rezeki di laut. Namun, pernah suatu ketika beliau terpaksa melakukan pelbagai kerja lain untuk membina rumah.

“Ramai lagi kawan-kawan yang tidak mempunyai rumah dan terpaksa menyewa. Bayangkan betapa sempitnya kehidupan mereka dengan keadaan semua harga barang yang naik sekarang” tambah Encik Zuru.

Seorang lagi nelayan bot bubu, Ali Ahmad berkata “mengapa nak tunggu 3 tahun lagi baru nelayan tidak miskin. Kalau keadaan begini 50 tahun lagi pun nelayan tidak akan kaya-kaya” jawabnya apabila diminta maklumbalas tentang kenyataan Menteri Besar Terengganu yang mengatakan tahun 2010 tidak ada lagi kemiskinan dikalangan nelayan.

Berikut adalah senarai harga peralatan nelayan yang mengalami kenaikan harga:

1. Pelampung kecil - dari RM 1.10 kepada RM 2.20
2. Pelampung bulat - dari RM 3.30 kepada RM 4.80
3. Tali (1kg) – dari RM 3.60 kepada RM 5.00
4. Bateri (150) – dari RM 190 kepada RM 480
5. Dawai pengikat – dari RM 1.20 kepada RM 1.80
6. Timah (1 kati) – dari 2.50 kepada 7.00